OTHER ENTRY

Saturday, July 20, 2013

Memory :') [1605]

Aku dan buku. Hubungan yang tak dapat nak dipisahkan dari aku boleh membaca sampai la da umur 20 tahun. Aku sendiri tak percaya dengan hobi aku yang ni. Sangat bertentangan dengan hobi aku yang lagi satu iaitu tido.

Membaca vs Tidur

Satu hobi yang membawa faedah, satu lagi hobi yang sangat tidak berfaedah. Errr, tapi tidur pon boleh kire sebagai hobi ke? Abaikannn...

Erm, cakap pasal novel, arini je da 4 buah novel aku khatam -_____-  Bosan teramat cuti kali ni. Nasib baik sekali dengan baby sitting, kalau tak lagi banyak novel yang aku khatam. Untung sebelum cuti aritu da sediakan stok banyak-banyak.

Baru khatam novel 'Giler kau?!' karya Dyadiana setebal 1166 muke surat. Ade satu yang menarik perhatian aku "andai kita kehilangan sesuatu, anggap lah ia seperti buku yang kita baca, walaupun buku itu hilang, kisahnya tetap ada dalam ingatan kita" *ayat ni da diubah sikit* Bile aku bace ayat tu, aku terus ingat budak bentong tu. Parah kau mizaa !

Ayat tu dalam bahasa lain cume memory never fade, tapi tatau kenapa aku terasa. Dalam novel tu, die kehilangan adik akibat kanser, dalam kes aku pulak kehilangan kononya pakwe aku akibat die suke orang lain. Tak boleh dibuat banding langsung -___- ape kau ni mizaaa ! Mengarut lagi. Haishh

Jujur aku benci pada memori, andai aku praktikkan ape yang ade dalam novel tu, bole ke aku terus tersenyum? Farid, aku dah mula jarakkan diri dengan die. Aku bagi alasan aku tanak kacau die dengan assingment die, padahal sebelum ni ade aku kesah? Haha. Aku takut bile lebih banyak memori aku dengan die, lagi susah aku nak lepaskan die pergi dengan orang lain,walaupon aku hanya kawan die.

Kadang kadang aku harap aku kena amnesia,sebab aku tanak sume memori tu. Memori tu melukakan banyak hati. Orang tu, aku tatau die masih tunggu aku atau tak. Tweet die kadang terkena gak kat aku. Selalu ! Mungkin die ingat aku tak heran dengan die bile aku tolak die. Tapi kadang-kadang aku stalk jugak die. Aku tak boleh salahkan die. Itu hak die dan itu memori die. Kalau die nak terkenang-kenang, harap-harap die tak terkenang aku.

Memori, ade yang manis ade yang pahit . Tapi kenapa aku tanak ingat keduanya? Hipokrit kau mizaa ! XD

2 comments:

Nadya Shafeqa ツ said...

kenangan ! lau kenangan memang . kalau bole kite cuba nak lupakan. hakikatnye payah. memang sakit arr hatii..

kadang2 kite payah kan nk lepaskan dy. walauponn dy hanya la kawan kite.
ish , mcm sy n die pulakk -_-

kay_are said...

boleh tahan panjang novel yang ko bace..kalau aku memang give up dulu.. =P